Utusan Perkahwinan
December 1, 2012
Aref & Hidayah
 

بسم الله الرحمن الرحيم

 

"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan karuniaNya. Dan Allah Mahaluas (pemberianNya), Maha Mengetahui"
(Surah An-Nur, ayat 32)

"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran-Nya) ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan Dia menjadikan antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berfikir.."
(Surah Ar-Rum, ayat 21)

“Apabila seseorang melaksanakan pernikahan, bererti telah menyempurnakan separuh agamanya, maka hendaklah ia menjaga separuh yang lain dengan bertaqwa kepada Allah” 
(HR Baihaqi dari Anas bin Malik)
 

السلام عليكم و رحمة الله و بركاته

 

SubahanAllah, Alhamdulillah, Allahuakhbar

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta keluarga baginda 

Dengan penuh rasa kesyukuran dan rendah diri, kami,

Aref Ezrin bin Mohamad Khalil
dan 
Noor Hidayah binti Mohd Norbi

ingin mengumumkan tarikh pernikahan kami yang insyaAllah akan dilangsungkan pada

1 Disember 2012M bersamaan 17 Muharam 1434 Hijrah 
 

Sehubungan dengan itu, dengan sukacitanya kami ingin menjemput sahabat- sahabat sekalian ke majlis kesyukuran kami sama ada di pihak pengantin perempuan atau lelaki yang masing-masing akan diadakan pada

8 Disember 2012 dan  29 Disember 2012 

Semoga dengan kehadiran dan kiriman doa restu sahabat-sahabat semua dapat menyerikan majlis kami seterusnya diberkati Allah SWT.

Ya Allah,
Kami mohon restuMu, jadikanlah pasangan ini saling mencintai dikala dekat, saling menjaga kehormatan dikala jauh, saling menghibur dikala duka, saling mengingati dikala bahagia, saling mendoakan dalam kebaikan dan ketakwaan, serta saling menyempurnakan dalam peribadatan. Sempurnakanlah kebahagian mereka dengan menjadikan pernikahan ini sebagai ibadah kepadaMu dan cinta sebagai sunnah rasulMu

-Amin Ya Rabbal Alamin-